Mahu hilangkan parut kesan daripada jerawat, ada yang jerawat batu dan ada juga jarawat biasa kecil-kecilan. Namun ramai yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghilangkan parutnya.
Ada beberapa petua yang boleh diamalkan ianya bukan daripada bahan kimia yang boleh merosakkan muka anda. Sudah pasti raya tahun ini cukup bermakna buat ada.
Mari kita cuba beberapa petua hilangkan bekas jerawat yang boleh dibuat sendiri di rumah. Bahannya tentulah semulajadi, mudah didapati dari dapur anda.
Ini petua hilangkan bekas jerawat yang boleh anda cuba pada bahagian wajah, belakang, atau mana-mana bahagian badan.
ALOE VERA
Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya.
Selain itu, aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang mampu memudaratkan kulit. Jadi, tak perlu risau menggunakannya kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan.
Gunakan gel dan sapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.
TIMUN
Selalu nampak orang gunakan timun untuk hilangkan keletihan atau ‘eyebag’ pada mata saja kan?
Tapi, sebenarnya timun turut kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau timbul pada permukaan kulit.
MADU ASLI
Madu asli adalah satu lagi pelembap semulajadi pelbagai guna dan penawar kepada bermacam-macam masalah.
Seeloknya, dapatkan madu asli yang organik dan sapukan pada bekas jerawat. Biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit.
Untuk menambah keberkesanan, tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah bahan mesra-kulit yang memiliki pelbagai khasiat vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi, dan antioksidan.
Ia juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.
Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan. Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum membilasnya.
TOMATO
Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Bilaskan hingga bersih.
Selain tomato, anda juga boleh menggunakan avokado untuk kesan yang tidak kurang hebatnya.
CUKA EPAL
Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam.
Gunakan kapas dan rendamkan pada campuran tersebut. Kemudian, tekankan pada bahagian berjerawat. Biarkan selama 5-10 minit. Bilaskan dan anda akan merasai perbezaannya!
Jangan pandai-pandai hendak mengusik tempat jerawat
Hentikan tabiat memegangnya, memicit jerawat atau mengopek kesan luka jerawat.
Tindakan ini boleh menyebabkan keradangan dan hilangnya kolagen pada bahagian kulit tersebut. Maka, lebih banyak bakteria akan hinggap dan menjadikan keadaan lebih buruk.
Pastikan juga anda selalu mencuci muka dengan air bersih dan elakkan bertukar-tukar produk terlalu kerap.
Baca juga:
Baca juga: Ular sawa 100 kg sedia serang 7 ekor lembu dalam kandang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio