Malaysia Dateline

Tanpa Mahathir, MP PH hadiri taklimat menjelang sidang Dewan Rakyat esok

Dr Mujahid Yusof Rawa dan Hanipa Maidin antara MP AMANAH yang hadir.

Sejumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menghadiri taklimat pra persidangan Dewan Rakyat di Saujana Hotel, Subang hari ini.

Taklimat bermula jam 3 petang tadi juga menyaksikan kehadiran Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Walau bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekumpulan Ahli Parlimen yang menyokongnya tidak hadir.

Kelmarin, Mahathir mengetuai lima Ahli Parlimen Bersatu mengambil langkah membentuk blok Bebas dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mempunyai sembilan Ahli Parlimen.

Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 15 hari mulai esok selepas sesi pembukaan diadakan pada 18 Mei lalu.

Setakat ini, PH mempunyai 92 kerusi berbanding Perikatan Nasional (PN) memiliki 114 kerusi.