Tanpa Nik Aziz, PRU 2008 sudah dirampas pemimpin korup

Tanpa Nik Aziz, PRU 2008 sudah dirampas pemimpin korup

Tanpa sikap dan pendirian Tuan Guru Nik Abdul  Aziz Nik Mat, pilihan raya umum 2008 sudah dirampas oleh pemimpin korup dari BN dan pembangkang ketika itu.

Tanpa sikap dan pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, pilihan raya umum 2008 sudah dirampas oleh pemimpin korup dari BN dan pembangkang ketika itu.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, elemen-elemen ini yang berada dalam Umno dan Pas cuba menganggu keputusan itu.

“Saya di beritahu ada usaha-usaha dalam Umno khasnya di Selangor dan Kedah cuba mengadakan rusuhan untuk menolak keputusan pilihan raya itu.

“Namun pengumuman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menerima keputusan pilihan raya itu telah menghentikan usaha itu.

“Di dalam Pas, Tok Guru Nik Aziz telah bertegas menolak usaha Pas bergabung dengan Umno sebagaimana berlaku di Perak,” kata Chin Tong.

Chin Tong yang juga pengkaji politik Kelantan dan Pas berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di Seminar Pemikiran Nik Aziz yang dianjurkan oleh Amanah Kawasan Batu dan Amanah  di Dewan Perhimpunan Cina Selangor hari ini.

Dalam kertas itu, Chin Tong memuji Nik Aziz sebagai tenaga di sebalik sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Pas sebelum ini dan kini Pas sudah kehilangan sokongan itu.

TAGS