Tanpa wakil PH, dua pemimpin bukan Islam Pas jadi panel wacana hina agama di UKM

Tanpa wakil PH, dua pemimpin bukan Islam Pas jadi panel wacana hina agama di UKM

Siri Wacana Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 17 April ini mengundang dua ahli panel yang merupakan pemimpin Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Walau bagaimanapun dalam poster hebahan program itu, kedua-duanya tidak diperkenalkan dengan jawatan dalam parti politik.

Slot yang mengangkat tajuk “Fenomena Hina Agama: Antara Tanggungjawab Sivil dan Hak Kebebasan Bersuara’ itu menampilkan Balasubramaniam A/L Nachiappan sebagai Penasihat Kuil Hindu Jerantut, Pahang.

Seorang lagi, Kong Tuck Wah dengan keterangan sebagai ‘mantan Ahli Majlis Perbandaran Selayang’.

Untuk rekod, Bala merupakan Ketua DHPP manakala Tuck Wah ialah Timbalan DHPP Selangor dan calon Pas bagi kerusi N.14 Rawang.

Tanpa diwakili panel daripada mana-mana empat parti komponen Pakatan Harapan (PH), wacana di Bilik Majlis universiti itu juga dihadiri pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Turut dinyatakan namanya sebaris dengan tiga individu terbabit ialah Prof Adjung ATMA, Datuk Yazid Othman.

Tuck Wah merupakan Timbalan DHPP Selangor