Tapak bencana dahsyat jadi durian runtuh

Tapak bencana dahsyat jadi durian runtuh

Angin meniup kencang sejurus menjejakkan kaki di Kelurahan Balaroa Kecamatan Palu Barat, Sulawesi Tengah jam 2.30 petang semalam.

Persekitaran juga agak bising kesan tamparan angin pada kepingan-kepingan zink di celah puing runtuhan bangunan di penempatan padat penduduk sebelum bencana dahsyat membadai, 28 September lalu.

Bau dan bunyi bersama suasana ibarat padang jarak padang terkukur menyambut kehadiran 14 peserta Misi Bantuan Kemanusiaan Palu anjuran Pemuda AMANAH Nasional dengan kerjasama sukarelawan Indonesia, Aksi Cepat Tanggap (ACT).

Relawan Indonesia ACT, Firdaus memberitahu pasukan penyelamat hanya dapat memasuki kawasan yang marak dengan api ini selepas hari ketiga ‘kisaran’ bumi.

Kawasan yang menyaksikan fenomena ‘tanah mencair’ atau likuifaksi dengan ribuan mangsa masih tertanam selepas seolah-olah dikisar itu kini dilihat mencipta rezeki baharu kepada pengumpul besi buruk.

Walaupun jalan utama ke kawasan bencana itu ditutup untuk kenderaandengan palang kayu, anggota tentera bertugas masih membenarkan orang awam memasuki kawasan tersebut.

Baca: Bekalan vaksin anti Tetanus habis

Wartawan bersama antara kumpulan anak muda tempatan yang mencari rezeki di tapak perkampungan Balaroa yang binasa.

Pengumpul besi buruk yang ditemui dalam panas terik itu berkata, sekilogram besi itu boleh dijual dengan harga 2000 Rupiah.

Antaranya, seorang lelaki pertengahan usia yang dilihat berjalan agak pantas sambil memikul dua silinder tiang besi berukuran masing-masing lebih satu meter dari kawasan runtuhan masjid Balaroa.

“Ada dalam lebih kurang 40 kilo ini,” jawabnya ringkas ketika berhenti sebenar sebelum meneruskan perjalanan.

Rata-rata pengumpul besi buruk itu memberitahu mereka adalah penduduk sekitar Balaroa malah ada antaranya yang kehilangan ahli keluarga.

Buat masa ini, kata mereka, hasil jualan besi itu sedikit sebanyak menampung rezeki mereka sekeluarga ketika keadaan masih belum menentu selain masih berlaku gegaran susulan.

Sumbangan bagi mangsa gempa bumi di Palu boleh disalurkan kepada: