Malaysia Dateline

Taqiuddin pertahan jawatan Ketua Pemuda AMANAH Johor

Muhamad Taqiuddin Cheman sekali lagi diberi kepercayaan untuk menerajui Pemuda AMANAH Johor apabila berjaya menenangi jawatan ketua dalam pemilihan sayap parti di Signature Summit Hotel, Batu Pahat semalam.

Seramai 17 ahli jawatankuasa dari 32 calon yang bertanding telah dilantik pada Konvensyen Pemuda negeri kali ketiga sekaligus dipilih bagi mengisi empat jawatan tertinggi kepimpinan Pemuda negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JKP) Konvensyen Pemuda AMANAH Johor 2019, Mohd Idris Jiat mengumumkan pelantikan Taqiuddin yang juga Adun Pulai Sebatang itu sejam selepas mesyuarat berlangsung.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Johor pula telah dikembalikan kepada Serudin Md Soud yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan.

Turut kekal Naib Ketua I, Asim Abdullah Ainullotfi manakala Naib Ketua II disandang muka baharu, Nor Azri Sakib.

Antara Jawatankuasa Pimpinan yang dipilih adalah Zainuzabha Baharom, Ahmad Faris Rakbi, Mansor Abdul Hamid, Afif Abd Hamid, Nashrudin Mohammad, Zulhelmi Zawawi, Akmal Abd Aziz, Fadhil Umar Aminolhuda, Noor Saiful Amri Suloh, Dr Faizuan Abdullah, Mohd Azam Mektar, Abdullah Munzir Mustafa dan Mohd Syarizal Aliman.

Mereka yang dipilih akan meneraju kepimpinan sayap parti AMANAH tersebut pada sesi 2019-2022.

Konvensyen yang dirasmikan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan merangkap Adun Taman Templer, Selangor itu turut dihadiri Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan dan wakil-wakil dari parti komponen Pakatan Harapan (PH) negeri.

Idris ketika mengumumkan senarai calon yang terpilih.

 

Pimpinan yang hadir ke Konvensyen Pemuda AMANAH Johor 2019