Tarik pelabur asing jangan sampai gadai negara

Tarik pelabur asing jangan sampai gadai negara

Isu penguasaan China dalam beberapa sektor penting di Malaysia bukan isu perkauman namun ruang yang dibuka seluas-luasnya kepada pelabur dari negara itu menyebabkan mereka dilihat cuba mengambil kesempatan.

Pakatan Harapan tidak bersikap anti-perniagaan dan mahu negara memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.

Walau bagaimanapun Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, polisi kerajaan sedia ada yang membenarkan pelabur asing membeli hartanah berstatus pegangan bebas dibimbangi menjejaskan rakyat Malaysia.

“Jika pegangan beas terus dilaksanakan tanpa kawalan jangka panjang, ini akan menyebabkan kita kehilangan sebahagian besar wilayah,” katanya.

Mengulas mengenai kemasukan pelabur Cina ke negara ini, Salahuddin berkata, isu penguasaan China dalam beberapa sektor penting di Malaysia bukan isu perkauman namun ruang yang dibuka seluas-luasnya kepada pelabur dari negara itu menyebabkan mereka dilihat cuba mengambil kesempatan.

“Keadaan diburukkan lagi dengan kelompangan beberapa dasar atau polisi negara kita selain situasi sosio-ekonomi Malaysia yang tidak menentu,” katanya kepada akhbar mingguan Amanah baru-baru ini.

Wawancara penuh bersama beliau boleh diikuti dalam akhbar mingguan Amanah keluaran terbaharu.

TAGS