Malaysia Dateline

Tawaran ‘new deal’: Menteri, MP Umno siap sedia tarik sokongan kepada Mahiaddin

Tindakan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang didakwa menikam belakang Ahli Parlimen Umno yang menyokongnya mengundang kemarahan mereka.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi berkata, Mahiaddin yang menawarkan kerjasama dengan DAP dan Anwar Ibrahim menyebabkan Ahli Parlimen Umno bersiap sedia untuk turut menarik balik sokongan kepada beliau.

“Kedudukan Muhyiddin tambah genting bila beberapa Menteri dan MP Umno amat marah padanya. Muhyiddin tidak berunding dengan mereka bila buat tawaran “new deal”.

“Mereka rasa terpalit dengan tindakan tersebut. Justeru ada yang sudah bersiap sedia untuk turut menarik sokongan kepada Muhyiddin,” katanya.

Kata Puad, Mahiaddin patut mengambil cuti sakit lebih awal sebelum surat Speaker kepada YDPA bocor.

“Semoga Muhyiddin menerima kenyataan. Pintu keluar tertutup rapat.

“Cepatkan sahaja usul undi percaya minggu depan. Berhenti melawan. Hentikan “fighting a losing war”,” katanya.

Puad juga meminta Mahiaddin jangan mencari rancangan keluar yang dilihat merasuah, langgar Perlembagaan, derhaka pada YDP Agong dan mengheret negara kepada krisis keyakinan lebih parah.