Pelbagai tawaran dan janji yang akan diberikan menjelang PRU15 ini bagaimanapun tawaran Perikatan Nasional mahu memberi laptop pada guru disifatkan tidak praktikal dan membazir.
Selain dikatakan tidak pratikal kerana kebanyakkan guru sudah memiliki komputer riba sendiri, adalah lebih baik baiki prasarana dan infrastruktur sekolah yang uzur.
Guru sensasi Cikgu Mohd Fadli Salleh berkata jumlah sekolah di Malaysia ialah 10,220 buah dan jika setiap sekolah diberi peruntukan tambahan RM50K ianya baru RM500 juta.
“Lebih jimat separuh daripada beri laptop pada guru.
“Dari bagi guru laptop, lebih baik bagi sekolah duit untuk sekolah baiki prasarana dan infra sekolah yang uzur,”katanya,
Di Malaysia ada lebih 400 ribu guru jika setiap guru diberi laptop berharga RM3K sebiji, kerajaan perlu berbelanja lebih RM1.2 bilion ringgit.
“Tu kalau kira harga ikut pasaran. Biasanya harga tender 2-3 kali ganda lagi mahal. Mungkin perlu 3-4 bilion.
Satu kos yang amat-amat besar,” ujarnya di Facebook.
Dan lebih penting, katanya, RM50K setiap sekolah itu pasti dapat memberi banyak manfaat kepada seluruh warga sekolah.
“Sekolah memang perlukan duit untuk tambah baik infa, baiki tandas, bumbung, beli smart tv letak dalam kelas, lcd, buat pentas, teduhan dan sebagainya.
“Better bagi kat sekolahlah. Bukan tak hargai tawaran best ni, tapi bila banding manfaat, jauh lebih besar manfaat bagi cash kat sekolah, biar sekolah tentukan sendiri nak buat apa dengan duit tu.
“Asal guna untuk kebaikan murid-murid dan guru saja.
“Pada saya, tu lagi praktikal dan relevan,” katanya lagi.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Tawaran PN, Datuk Dr Radzi Jidin berjanji semua guru akan diberikan komputer riba sebagai kemudahan selain antara usaha meningkatkan kecekapan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) jika Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau berkata ia antara tawaran di bawah manifesto gabungan itu untuk memantapkan sektor pendidikan negara.
Baca juga: Mahu gaya ala Victorian, Jaclyn rasa kelakar baju disamakan dengan punggung Kim Kardashian