Tayar lama jangan buang, kitar semula ikut teknik pemuda ini, gerenti halaman rumah naik seri!

Oleh KIM SYAZIE

Bagi mereka yang hidup di bandar dengan ruangan tanah yang terhad, tayar terpakai antara barang yang boleh dikitar semula sebagai alternatif untuk anda bercucuk tanam. 

Seorang pengguna TikTok, Rizal Rahman yang gemar berkebun di belakang rumahnya berkongsi satu cara menanam pokok dalam tayar terpakai yang dipanggil planter tayar.

Idea tersebut mula tercetus dek kerana dia memiliki terlalu banyak anak pokok baharu namun kekurangan ruangan tanah dan pasu untuk bercucuk tanam..

Ujar Rizal dia menggunakan empat buah tayar kereta yang sudah tidak digunakan lagi.

Bahagian tepi tayar dipotong terlebih dahulu bagi mendapatkan permukaan lebih luas.

Dalam video tersebut, Rizal mengecat bahagian luar tayar menggunakan cat putih bagi memberikan nilai estetik sebelum digunakan sebagai pasu.

Dia kemudiannya meletakkan planter tayar di kawasan yang terdedah dengan matahari.

Jika planter ini digunakan di atas lantai bersimen, lapik bahagian bawah tayar dengan plastik bagi menghalang kawasan itu kotordenqan tanah.

Baca juga: Tak perlu susah-susah rendam kacang merah semalaman! Tambah 1 bahan sahaja ‘konfem’ empuk