Tazkirah akhir Syawal: Istiqamah penjenayah vs istiqamah rakyat

Tazkirah akhir Syawal: Istiqamah penjenayah vs istiqamah rakyat

Sejak mutakhir ini dunia sudah terbalik kot, bukan kerana lagu dendangan Allahyarham R Azmi tetapi kerana para penjenayah kejam bersiri telah mula menggunakan terma serius Bahasa Arab seperti Istiqamah untuk menegakkan benang basah selepas perbuatan menghantar orang ke Mekah untuk menunaikan haji menggunakan hasil rompakan dan beramai ramai sesama penjenayah menunaikan umrah dari masa ke semasa.

Allah swt menerima Taubat Nasuha bukannya taubat yang berbentuk lakonan untuk tontonan umum. Airmata buaya ataupun airmata pelakon jelita filem Hindustan dari zaman Raja Kapoor hinggalah zaman Juhi Chawla tidak memberi apa apa nilai di sisi Allah swt melainkan cuma mempamerkan sifat munafiq kepuraan puraan cuba menutupi perbuatan jenayah sendiri ataupun orang lain.

Rakyat kini patut mempamerkan secara berjemaah yang mereka bersungguh sungguh mampu memohon ke hadrat Allah swt menerusi Solat Hajat yang berterusan untuk menghentikan segala kezaliman , segala perbuatan jenayah serta memastikan mereka mereka yang bertanggung jawap secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai siri perbuatan jenayah kejam di hukum Allah swt dengan sewajarnya. Hukuman Allah swt boleh datang dalam pelbagai bentuk yang tidak diketahui manusia namun rakyat mungkin mengharapkan penjenayah kejam tak berhati perut berkenaan di hukum gantung sampai mati yang akan nescaya di sambut dengan penuh kesyukuran tanpa langsung rasa sedih. Namun Allah swt boleh mentakdirkan hukuman lain seperti koma bertahun tahun sebelum akhirnya meninggal sepertimana Ariel Sharon bekas perdana menteri Israel ataupun mengalami strok ataupun mengalami serangan jantung ataupun lebih menarik lagi dihantar secara berkumpulan dalam kandang haiwan ke hospital sakit jiwa dan kekal menetap di sana ala babak filem Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee, Antara Dua Darjat lakonan Allahyarham Seniman Ahmad Nisfu.

Seterusnya rakyat perlu sentiasa beringat yang selagi SPR tidak benar benar di rombak dengan ikhlas maka amatlah sukar untuk rakyat yang mengundi secara jujur untuk melihat kerajaan yang benar benar mereka undi berkuasa. Pengerusi SPR patut cuma dipilih oleh ahli ahli Parlimen sahaja dimana tanggungjawap Pengerusi SPR ialah untuk melapor kepada Parlimen sahaja apa saja isu berbangkit tanpa perlu merujuk kepada kerajaan yang sedang memerintah. Akta berkaitan dengan pilihanraya juga patut di pinda untuk mengenakan hukuman penjara 20 tahun kepada mana mana pegawai atau kakitangan SPR yang bersubahat untuk menipu pilihanraya samada sebelum, semasa ataupun selepas pilihanraya.

Mana mana menteri daripada pimpinan kerajaan yang sedang memegang tapuk pemerintahan yang cuba mengeluarkan arahan tertentu yang boleh di tafsirkan sebagai arahan untuk SPR berlaku tidak jujur dalam pilihanraya patut juga di penjara 20 tahun mandatori.

Seterusnya, calon calon wakil rakyat samada diperingkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri patut di perketatkan saringan di pelbagai peringkat.
Selain di pastikan tidak bankrap, calon juga perlu menjalani ujian mental untuk memastikan calon waras jika terpilih menjadi wakil rakyat. Calon seterusnya juga perlu menjalani ujian bertulis bagi memastikan mereka tidak akan bersifat membodek dan munafiq jika terpilih menjadi wakil rakyat nanti.

Peraturan berkaitan wakil rakyat juga patut di pinda bagi membolehkan mereka di dakwa dan dihukum dengan berat kerana cuai dan tidak amanah jika gagal mempertahankan hak rakyat semasa menjalankan tanggungjawap mengundi dalam dewan.

Peraturan yang menyentuh tingkah laku para senator di Dewan Negara juga patut dirangka untuk memastikan para senator tidak berdebat ala burung kakak tua dan akhirnya tetap menjadi ‘rubber-stamp’ parti pemerintah sekalipun rakyat begitu ramai dilihat menentang sesuatu rang undang undang yang di luluskan di Dewan Negara.

Kesemua jawatan utama dalam struktur kerajaan memerintah patut di lantik oleh Parlimen dengan watikah perlantikan di sempurnakan sebagai tapisan terakhir oleh Majlis Raja Raja dan Yang Di Pertuan Agong. Tiada pertukaran boleh dibuat secara mengejut oleh pucuk pimpinan kerajaan yang memerintah. Pertukaran mengejut jawatan jawatan penting kerajaan persekutuan lebih dilihat oleh rakyat seolah olah mempunyai agenda tertentu termasuklah contohnya menyelamatkan diri daripada tindakan jenayah serta memudahkan proses untuk lari bersembunyi ke luar negara. Justru pegawai pegawai tinggi kanan terlibat tidak patut memberikan apa apa kerjasama langsung untuk memudahkan kerja penjenayah demi mengelakkan di lihat rakyat sebagai turut bersubahat membantu para penjenayah kejam bersiri berkenaan. Pangkat yang di naikkan tidak seberapa nilainya berbanding dengan segala bukti yang di ketahui seluruh dunia.

Peringatan kepada hakim hakim oleh Timbalan Persuruhjaya SPRM YDH Datuk Seri Shukri ketika berucap beberapa hari lepas amat perlu di baca dalam konteks sabda Nabi Muhammad saw yang terdapat dalam Sunan Abu Dawud sepertimana yang di laporkan oleh Buraydah ibn al-Hasib dimana Rasullullah saw mengingatkan kita yang ada 3 kategori hakim cuma 1 akan ke syurga manakala 2 lagi ke neraka. Yang akan ke syurga ialah hakim yang tahu apa yang benar dan membuat penghakiman dengan suci hati manakala hakim yang tahu apa yang benar tetapi membuat penghakiman yang sebaliknya akan ke neraka serta hakim yang tidak langsung tahu apa apa tetapi tetap membuat penghakiman juga akan ke neraka. InshaaAllah majoriti hakim hakim yang ada dapat menilai yang mana kaca yang mana permata.

Ahli ahli parlimen pada masa akan datang juga perlu sedar mana mana rang undang undang yang mereka tidak faham bukanlah bermakna ianya tidak memberi kesan penting terhadap rakyat. Justru luangkan masa untuk memahamkan apa yang tidak faham dan tanyalah diri sendiri kenapa agaknya deraf rang undang undang yang diberikan begitu sukar untuk difahami.

Bakal bakal pemimpin negara pada masa hadapan juga patut di periksa tahap kefahaman Bahasa Inggeris mereka agar mereka tidak memalukan diri sendiri dengan salah faham mereka terhadap teks yang di baca oleh negara kuasa besar dunia umpamanya yang di siarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Justru ayuhlah semua di seluruh negara, di mana mana masjid, surau, padang, pejabat, sekolah, IPTA dll semua bersama berIstiqamah menunaikan Solat Hajat berjemaah setiap hari bagi memulihkan keadaan kepada zaman kegemilangan negara dan supaya para penjenayah kejam bersiri tak berhati perut itu segera mendapat pembalasan dari Allah swt sewajarnya.

Ini negara kita, tanah pusaka kita yang sedang di rosakkan oleh jelmaan Imelda Marcos dan kuncu kuncu hantu geng samseng kampong Dusun, Sharif Dol.

Watak buang pengkhianat bangsa dan agama dalam filem Sarjan Hassan muncul dalam pelbagai wajah setiap hari justru perlulah muncul kembali rakan rakan Sarjan Hasan termasuk tukang masak Sudin untuk mempertahankan tanahair daripada watak watak seperti Buang lakonan berkesan Salleh Kamil.

Jika sebelum ini pasangan penjenayah tidak percayakan pilot dan anak kapal rakyat tempatan kerana takut pesawat sengaja terhempas, apakah ini mereka boleh beterusan percayakan rakyat asing yang tidak mustahil boleh menerbangkan pesawat terus dan mendarat di penjara Guatanamoa Bay. Tangisan air mata buaya tidak membawa sebarang nilai kerana begitu ramai keluarga yang hilang nyawa ahli keluarga dahagakan hukuman berat di sisi undang undang terhadap si penjenayah .

Istiqamah kita bersolat hajat berjemaah InshaaAllah sekurang kurangnya sekali sehari di mana masa sahaja, Istiqamah kita berdoa ke hadrat Allah swt sentiasa agar semua yang berperangai kejam menerima pembalasan Allah swt dengan kadar segera. Jangan sekali kali kita biarkan penjenayah pula yang beristiqamah mempertahankan perbuatan jenayah sebagai perbuatan yang betul demi mengelakkan kita menjadi calon awal tanjung rambutan.

Undang undang ada perlulah dipakai dan dikuatkuasakan dengan adil dan segera tanpa perlu berhelah demi sesen dua atau sebillion dua. Segala janji yang dibuat kepada penjenayah selepas menerima apa apa imbuhan adalah tidak sah di sisi Akta Kontrak di mana kontrak yang dibuat dengan tujuan untuk melakukan jenayah atau bersubahat melindungi jenayah tidak sah disisi undang undang sekalipun selepas menerima imbuhan. Justru si penjenayah tidak berpeluang menguatkuasakan kontrak seperti itu dalam mana-mana mahkamah sekali gus apa sahaja imbuhan yang di terima adalah secara percuma tanpa tanggungjawap melaksanakan apa-apa langsung di sisi undang undang.

Selamat hari raya maaf zahir batin.

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur