Tegak sunnah Rasulullah s.a.w sepanjang hayat

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan terhadap Rasulullah s.a.w. sebagai seorang yang mencintai dan mengasihi baginda, tentu sekali kita sentiasa terkenang akan sirah atau lakaran-lakaran pengorbanan baginda sehingg kita semua dapat menerima cahaya keIslaman, hidayah dari Allah bagi mengecapi nikmat iman dan Islam yang sangat berharga.

Namun kita sebagai seorang muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita?

Sejauh manakah kita menunaikan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam lakaran perjuangannya yang kemudiannya disambung silih berganti hingga ke hari ini?

Wajib bersama kita hayati firmaan Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud:”Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran;akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui(hakikat itu).” (Surah Saba’: ayat28).

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkaan kita dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna, melalui adanya al-Quran serta sunnah Rasulullah s.a.w.

Marilah kita bersama menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini dengan menguatkan iltizam.

Bersama kia menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan atau perbarisan dan berslogan mencintai Rasulullah.

Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan segala suruhan baginda, meninggaalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci oleh baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskannya.

Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walaupun dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah bersama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya.

Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah s.w.t. dan Rasul di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. an beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya.

Selamat Menyambut Maulidur Rasuk 1437H

‘BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN.’

CATEGORIES