Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tegas, jangan lagi kompromi terhadap pemandu mabuk, desak Ngo Teras

Tegas, jangan lagi kompromi terhadap pemandu mabuk, desak Ngo Teras

Oleh MOHD ALI HASHIMFebruary 15, 2020 7:10 am




Tidak harus ada lagi kompromi terhadap pemabuk dan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk.

Demikian desakan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Pulau Pinang, Abdullah Mohd Nor ketika ditemui semasa menyerahkan sumbangan kepada lima beradik yang menjadi anak yatim sekelip mata di Bagan Jermal, Butterworth semalam.

Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Pulau Pinang, Abdullah Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada anak mangsa di kediaman mereka semalam.

Menurut Abdullah lagi, penguatkuasaan undang-undang bukan hanya dilakukan melalui sekatan jalan raya dan operasi, sebaliknya pihak berkuasa tempatan juga boleh mengetatkan lagi lesen berkaitan menjual minuman keras dan seumpamanya.

“Setakat ini kejadian pemandu mabuk melanggar pengguna jalan raya semakin menjadi-jadi.

“Tiada lagi toleransi dalam perkara ini kerana ia banyak menyebabkan kematian dan kecederaan parah.

“Hukuman yang dikenakan keatas pemandu mabuk mesti ditambah sehinggakan penjara dan penggantungan lesen memandu mereka, ” tegasnya.

Malah kata beliau, sekiranya tiada tindakan drastik, kemungkinan besar perkara ini akan dipandang remeh tanpa adanya rasa kesal dan bersalah.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad ketika ditemui semasa menyampaikan sumbangan kepada kelima-lima beradik tersebut amat berharap penekanan mengenai merbahayanya minuman keras dan alkohol dapat
ditingkatkan.

Malah ujar beliau lagi, pendidikan mengenai bahayanya alkohol dan pengaruh dadah turut ditingkatkan sejak bangku sekolah lagi.

Namun begitu tambahnya, meminum minuman keras dan pengaruh alkohol merupakan aktiviti yang sepatutnya tidak diamalkan kerana memberi impak yang amat negatif bukan saja dari segi kesihatan dan mental peminum, tetapi juga memberi impak yang negatif kepada masyarakat sekeliling.

Selain itu sumbangan turut disampaikan oleh kumpulan pengajian Baitul Ummah, Sungai Petani, Kedah serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh kelima-lima beradik yang berusia antara 1 tahun sehingga 16 tahun.

Dalam kejadian pada Ahad, motosikal yang ditunggang oleh ibu dan ayah mereka, Zuriana Hasan dan Khairizul Mohamad Noor telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, susur ke Perai.

Akibat dari itu ayah mereka telah meninggal dunia, manakala ibunya masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Seberang Jaya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production