Teguran pendakwah terhadap kerajaan baharu dan rakyat

Teguran pendakwah terhadap kerajaan baharu dan rakyat

Pendakwah Datuk Dr Danial Zainal Abidin menegur dikalangan pemimpin dan rakyat supaya dapat mengubah sikap, tindakan dan kepimpinan di semua peringkat selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul.

Beliau yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ini berkata, agenda pemimpin dan rakyat kini adalah menjaga akhlak, tanggungjawab dan keadilan sebagaimana yang dituntutan dalam agama Islam.

Pemimpin katanya perlulah beramanah dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab mereka samada seorang pemimpin Islam dan bukan Islam.

Rakyat pula harus menyokong usaha yang dilakukan pemimpin sekiranya ia bertujuan ke arah kebaikan.

“Apa yang diperlukan hari ini bukan mencari gaduh bukan lagi menjadikan agenda kutuk mengutuk apatah lagi dari kalangan yang berketayap, bersongkok, berjubah, berjanggut dan bercelak, tetapi akhlak Islamnya tergadai ketika PRU14.

“Sepatutnya mengadaikan akhlak bukan agenda orang Islam sejati tetapi agenda orang Islam hatinya mati.

“PRU14 sudah selesai dari atas sampai bawah ialah tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai pemimpin diberi amanah di harap mereka golongan beramanah.

“Kita rakyat marhain sewajarnya mendoakan mereka walaupun mereka mengungkapkapkan sekadar slogan belum lagi amalan. Kita harus doakan kebaikan untuk mereka,” ujarnya dalam khutbah yang disampaikan di Masjid Jelutong, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Beliau turut menekankan kepada peri pentingnya rakyat menjadi lebih kritikal kepada kepimpinan negara berbanding taksud
kepada pemimpin.

“Kita di bawah perlu berperanan jadi rakyat bertakwa kepada Allah. Bukan rakyat sembah dan taksub kepada pemimpin tetapi jadilah rakyat yang kritikal kepada kepimpinan.

“Kita bukan penyembah pemimpin tetapi kita kritikal, Jika selari dengan syariat (agama) kita perlu menyokong, jika tidak selari kita menentang.

“Kita hadapi kepada isu apa sekalipun kembali kepada al-quran supaya kita tidak menjadi ahli neraka di akhirat kerana kita memohon benda tidak betul menyebabkan kita muflis di akhirat.

“Mari kembali kepada kalam pencipta segala-galanya” ujarnya.

Beliau yang berkhutbah di bawah tajuk Kepimpinan Dalam Kerajaan Baharu Malaysia’ itu turut menekan peri pentingnya pemimpin menjaga kepentingan ekonomi rakyat dan negara.

“Andaikan jika pemimpin tidak jujur menguruskan kewangan kita akan lihat perubahan. Jika tidak jujur perubahan akan berlaku, Kereta dan rumah Yang Berhormat lebih besar, rakyat makin kecut dan kering.

“Tidak hafaz quran dan hadis tidak apa, tetapi jujur. Kejujuran amat penting menjadi pemimpin jika tidak ada kejujuran hancur
negeri. Jika jujur sahaja tak cukup pula, walaupun baik kena juga ada adil.

“Quran ajar dua perkara kejujuran dan alim (kompiten). Ada yang jujur tak tahu buat kerja, kita tak mahu. Ada pula tahu buat kerja tetapi tak jujur.

“Yang warak itu tidak cukup, pilih yang jujur dan kompiten.

“Kita harap menteri kita jujur dan tahu buat kerja,” ujarnya yang dipercayai merujuk kepada pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dilantik menjadi menteri kewangan oleh barisan kabinet baharu Pakatan Harapan.

Beliau menegaskan lagi negara Malaysia adalah sebuah negara makmur kaya dengan sumber alam semulajadinya yang mampu menjana ekonomi lebih baik untuk negara tetapi ia dilihat bermasalah.

“Apa masalah Malaysia ini? Kita beryukur kerana Malaysia bukan negara miskin. Apa yang tidak ada pada kita?

“Yang tidak ada di Malaysia ialah kejujuran, ketelusan,jiwa bencikan rasuah tetapi perancangan itu tidak ada.

“Slogan Islam (Negara Islam) tetapi akhlak tidak ada. perangai hodoh, putar belit banyak, cakap pandai, nak wahabi kan orang termasuk pada ustaz, guru agama, yang suka maki hamun orang dengan mudah – mereka sahaja ahli syurga kononnya. Ini penyakit orang agama dan penyakit orang nak belajar agama.

“Habis pilihan raya masih lagi kutuk orang lain tak habis-habis,” ujarnya.

Khutbah penuh beliau boleh ditonton di sini:

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
3 user votes x 9.3
CATEGORIES
TAGS