Teguran rakyat untuk lihat kerajaan PH lebih baik, kata Saifuddin Nasution

Saifuddin beramah mesra dengan salah seorang penerima sumbangan penghargaan Ibu Emas semalam.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini amat jauh berbeza dengan kerajaan yang ditadbir oleh Umno dan BN dahulu.

Kerajaan PH kini terbuka serta sanggup untuk menerima apa jua teguran maupun kritikan oleh rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui selepas program sumbangan Penghargaan Ibu Emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang semalam.

Jelas Saifuddin lagi, semasa pentadbiran BN dahulu, siapa yang menegur dan kritik akan terkeluar sepertimana yang berlaku kepada pemimpin BN sebelum ini.

Namun begitu katanya, pemimpin dalam PH harus menerima teguran dengan hati terbuka dan berjiwa besar.

“Teguran yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini terhadap Menteri maupun Ahli Parlimen kerajaan haruslah dilihat sebagai satu teguran yang baik.

“Ianya merupakan satu pandangan yang amat baik dan amat dialu-alukan.

“Selain itu ia juga memenuhi harapan rakyat yang mengharapkan teguran membina tersebut sebagai tanggungjawab hakiki kerajaan, ” tegasnya lagi.

Malah katanya, teguran yang dibuat bukan membawa maksud untuk menjejaskan pentadbiran kerajaan, sebaliknya ia berhasrat untuk melihat kepimpinan kerajaan adalah lebih baik.

Oleh kerana itu tambahnya, sebagai salah seorang jemaah menteri, ia menganggap teguran yang dibuat tersebut merupakan satu nasihat yang amat berguna.

Saifuddin juga menyatakan seramai 954 Ibu Emas menerima sumbangan bagi program Penghargaan Ibu Emas yang disumbangkan oleh kerajaan negeri bagi Dun Pantai Jerejak semalam.

Saifuddin bersama penerima sumbangan penghargaan warga emas di Dun Pantai Jerejak semalam.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote