Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Teknologi 5G selamat, kata penyelidik

Teknologi 5G selamat, kata penyelidik

BernamaJanuary 21, 2020 9:00 am




Tiada kajian atau bukti kukuh menunjukkan penggunaan teknologi generasi kelima (5G) boleh menjejaskan kesihatan seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarah Kanan Penyelidikan dan Kelestarian, bagi Persatuan GSM (GSMA) Dr Jack Rowley berkata terdapat 2,900 kajian spesifik mengenai komunikasi mudah alih yang dilakukan oleh penyelidik di seluruh dunia tetapi tidak ada yang dapat menyokong dakwaan itu. (GSMA ialah badan perdagangan yang mewakili kepentingan pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia).

“Saya telah berada dalam industri selama 30 tahun dan telah melihat kebimbangan yang sama (berhubung kesihatan) dengan penggunaan 2G, 3G dan 4G tetapi tidak terdapat perubahan yang ketara dalam pendedahan peribadi.

“Berhubung isyarat radio, 5G adalah sama dengan teknologi tanpa wayar dan dilindungi di bawah garis panduan keselamatan nasional dan antarabangsa yang melindungi semua orang awam dan alam sekitar,” katanya pada Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia 2020, pada Isnin.

Persidangan sehari ini diadakan sempena projek demonstrasi 5G yang dilancarkan semalam.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production