Teknologi penghasilan benih sayuran atasi kemasukan benih import, kawalan harga

Teknologi penghasilan benih sayuran atasi kemasukan benih import, kawalan harga

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk memajukan teknologi penghasilan benih sayur-sayuran sebagai satu langkah memajukan lagi sektor pertanian di negara ini.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, usaha itu dijangkak dapat mengurangkan kebergantungan  benih import, selain  mendapatkan benih dengan harga yang lebih rendah dan berkualiti kerana  negara  menggunakan hampir 90 peratus benih import sayur-sayuran.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Mardi dan beberapa jabatan lain supaya teknologi penghasilan benih dapat dihasilkan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja di Projek Usahawantani Bukit Damar, Sepang hari ini.

Salahuddin Ayub (kanan) ketika mendengar penerangan mengenai projek tanaman sayuran sekitar kawasan Bukit Damar di Sepang hari ini.

Sementara itu, Salahuddin berkata beberapa intensif akan diberikan kementerian itu kepada petani-petani yang menjalankan projek tanaman pelbagai jenis sayuran di atas 50 ekar rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB)di kawasan itu.

Lawatan sehari itu juga turut diadakan sesi dialog dngan  beberapa pengusaha  untuk  mengetahui mengenai potensi dan halangan yang dihadapi petani di sini.

Kementerian ujarnya lagi,  akan memikirkan  beberapa insentif yang harus diberikan supaya kumpulan petani  ini dapat terus meningkatkan jualan dan melebarkan perniagaan mereka.

Katanya antara insentif berkenaan termasuk untuk meningkatkan latihan dan teknologi baru dalam sektor pertanian.

“Saya akan pastikan modul dalam latihan kepada petani sentiasa terkehadapan. Kecekapan dan kemahiran petani juga perlu dipertingkatkan,” katanya.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote