Teksi vs Grab: Salahkan diri sendiri sebab pelanggan guna khidmat Grab, kata Hanipa

Teksi vs Grab: Salahkan diri sendiri sebab pelanggan guna khidmat Grab, kata Hanipa

Timbalan Menteri Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri membidas sikap sekumpulan pemandu teksi yang bertindak biadap terhadap dialog yang diadakan antara 200 pemandu t eksi dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, semalam.

Mohamad Hanipa Maidin berkata, selepas apa yang berlaku membabitkan segelintir pemandu teksi di Langkawi beliau mengakui berasa marah dan kecewa dengan sikap biadap yang ditonjolkan oleh pemandu teksi terbabit.

“Selepas melihat tindakan segelintir pemandu teksi di Langkawi, yang bagi saya , amat biadap sekali pada  PM yang cuba cari penyelesaian “win win” dalam isu ini , saya betul-betul marah dan kecewa dengan sikap biadap mereka. Amat tidak wajar .

“Saya lantas berfikir jika beginilah sikap segelintir pemandu teksi..mereka tidak boleh sama sekali salahkan orang yang memilih perkhidmatan grab. Salahkan diri anda sendiri!” ujarnya dalam tulisan di facebook hari ini.

Mohamed Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berkata, ketika beliau menjadi ahli parlimen pembangkang pernah memperjuangkan nasib pemandu teksi.

Beliau berkata secara jujurnya amat bersimpati dengan nasib pemandu teksi berbanding pemandu Uber atau Grab ketika itu.

“Semasa menjadi MP pembangkang, saya pernah bangkitkan di Parlimen isu persaingan tidak sihat antara perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grab.

“Jujurnya, saya , pada masa itu, lebih simpati dan memihak kepada pemandu teksi.

“Kesian pada para pemandu teksi yang jujur dan baik . Mereka mungkin juga terpalit dengan tindakan biadap segelintir teman mereka,” ujarnya.

Semalam Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad dipetik berkata, beliau sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu Grab.

Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan.

COMMENTS

Wordpress (0)