Usahawan produk Qu Puteh, Datuk Seri Vida sering menjadi bualan ramai dengan fesyen beraninya yang kadangkala tidak kena tempat bila dilihat.
Menerusi video terbaru dikongsi Vida, telekung terawih miliknya yang dipenuhi labuci dan manik-manik kilat meraih perhatian pengguna media sosial.
Bukan itu sahaja, telekung DSV juga sepertinya sudah ditempah khas dengan gaya labuh yang meleret sehingga ke jalan raya.
DSV turut mengenakan beberapa persalinan telekung solat yang berbeza dari segi corak dan warna.
“Salam Ramadan daripada saya Datuk Seri Vida, semoga amalan kita diterima Allah dan diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa dan diberikan kesihatan yang baik.
“Diberikan kesenangan di dunia dan akhirat serta diberikan hidayah kepada kita,” ucap DSV melalui klip video di TikTok miliknya.
Hal itu menarik banyak perhatian pengguna TikTok yang khuatir telekung milik usahawan berkenaan akan kotor kerana dilihat meleret di sepanjang laluan ke masjid.
Namun ada yang beranggapan usahawan jutawan itu mahu memakai pakaian terindah bagi menghadap sang pencipta sebagai tanda berterima kasih atas rezekinya.
“Bersih ke telekung dia nak bawa solat,” tanya pengguna @12345.
“Dia kaya di luar sana. Dia bawa juga barang mahal dia menghadap maha Besar. Itu tanda dia berterima kasih atas rezekinya,” komen yang lain.
Baca juga: Peniaga selamba guna tong sampah letak sos ayam percik, netizen pula rasa kembang tekak