Malaysia Dateline

Teletubbies di Parlimen?

1. Dua hari lalu alhamdulillah dapat hadir ke Parlimen dan sempat mencelah ketika YB Jelutong ( DAP ) dan YB Hang Tuah Jaya ( PKR ) berbahas Akta Kewangan.

2. Apabila YB Jelutong berbahas dan membangkitkan tentang contoh beberapa buah negara yang agak cemerlang dalam menangani isu wabak Covid-19 seperti New Zealand, saya bangun bertanya :-

” YB, setakat pembacaan YB tentang beberapa buah negara tersebut, adakah di negara-negara tersebut, mereka juga misalnya membenarkan Ahli Parlimen mereka hadir ke Parlimen dengan memakai pakaian PPE ala teletubbies ?”

3. Ketika YB Hang Tuah Jaya berbahas dan menyentuh kesan Covid-19 ke atas pemain- pemain ( the players)industri pelancongan, saya bertanya :-

” YB, kita tahu bahawa industri pelancongan amat berkait rapat dengan kestabilan politik sesebuah negara.Jadi, saya ingin tahu adakah -dalam keadaaan Kerajaan yang ada sekarang ini ( Kerajaan Tebuk Atap) yang tidak pernah mendapat 112 undi dalam Dewan iaitu ujian sebenar undi keyakinan (the real test of votes of confidence) menurut Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan- ia adalah sebuah Kerajaan yang sah apalagi stabil bagi membolehkan kita merancakkan lagi sektor pelancongan negara?”

Dont worry be happy!