Malaysia Dateline

Tembak gagak paling banyak dapat ganjaran-Lebih 3000 gagak berjaya ditembak oleh 68 penembak berlesen

Lebih 3000 gagak berjaya ditembak oleh 68 penembak dalam Operasi Crow Sharpshooter, Ops Cross Majlis Bandaraya Seberang Perai (Ops Cross MBSP) bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Operasi ini telah diadakan pada Sabtu mulai awal pagi hingga ke malam telah berjaya melupuskan 3,031 ekor burung gagak.

Tembak gagak paling banyak dapat ganjaran-Lebih 3000 gagak berjaya ditembak oleh 68 penembak berlesen

Dalam operasi yang turut disertai oleh 68 penembak berlesen, sebanyak 15 lokasi ‘hotspot’ telah dipilih di sekitar kawasan SPU.

Hasil operasi tersebut turut menobatkan tiga penembak yang telah berjaya menembak jumlah burung gagak terbanyak dan turut dianugerahkan ganjaran.

Tembak gagak paling banyak dapat ganjaran-Lebih 3000 gagak berjaya ditembak oleh 68 penembak berlesen

Tan Chee Haw telah menjadi juara apabila berjaya menembak sebanyak 289 ekor gagak. Keduanya ialah Mohd Hafiz Basir yang berjaya menembak sebanyak 201 ekor burung tersebut dan tempat ketiga ialah Ahmad Zaki Abdul Rahim yang telah berjaya menembak sebanyak 156 ekor burung gagak.

Adalah difahamkan operasi terbabit bagi mengurangkan populasi burung gagak yang terlalu banyak di Seberang Perai sehingga menyebabkan kacau ganggu terhadap persekitaran penduduk.

Baca juga: Berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual, perbicaran kes Ebit Lew bermula esok hingga 30 Sept