Tembakan dalam masjid di New Zealand

Tembakan dalam masjid di New Zealand
Foto Reuters

Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand dan dilaporkan beberapa mangsa maut atau cedera, lapor media tempatan.

Media melaporkan, seorang lelaki melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di Hagley Park, Christchurch dan polis juga dikerahkan ke sebuah lagi masjid di Linwood.

Sehingga kini polis tidak mengeluarkan kenyataan sama ada kejadian itu berlaku di dalam masjid atau sekitarnya dan tiada kenyataan rasmi mengenai jumlah korban.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan bandar di Pulau Selatan itu ditutup kepada orang ramai.

Polis New Zealand berkata serangan berlaku di dua lokasi berbeza dan seorang lelaki ditahan susulan insiden tembakan rambang di Christchurch itu