Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tempoh tiga hari penuhkan tapak, tiada peniaga boikot bazar ramadan Jalan Raja, kata DBKL

Tempoh tiga hari penuhkan tapak, tiada peniaga boikot bazar ramadan Jalan Raja, kata DBKL

SITI NUR ZAWANI MISCONMay 7, 2019 7:00 pm




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa setakat hari ini tiada peniaga-peniaga yang memboikoit perniagaan tapak bazar Ramadan di Jalan Raja berhadapan Sultan Abdul Samad.

DBKL memaklumkan bahawa kesemua peniaga yang berjaya dalam undian tempohari telah menjelaskan bayaran-bayaran yang ditetapkan termasuk wang cagaran.

Katanya, 344 lot tapak bazar telah dipenuhi dan peniaga-peniaga diberi tempoh selama tiga hari bermula 5 Mei 2019 untuk memasuki tapak yang telah ditetapkan.

“Kegagalan mereka untuk memulakan perniagaan dalam tempoh tersebut akan menyebabkan tapak tersebut ditarikbalik dan senarai nama mereka akan disenaraihitamkan.

“Wang cagaran berjumlah RM1,000 tidak akan dikembalikan jika mereka gagal untuk berniaga. Tapak mereka akan ditawarkan semula kepada peniaga lain yang layak.

“Bazar Ramadan yang mula beroperasi sejak semalam merupakan satu langkah oleh DBKL untuk menonjolkan peniaga-peniaga di lorong-lorong belakang bangunan ke tahap yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini susulan laporan beberapa media tiada sambutan di tapak baharu Bazar Ramadan Jalan Raja bagi mengantikan tapak lama di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

DBKL berkata dengan meletakkan mereka lebih ke hadapan (seperti di Jalan Raja) akan menjadikan mereka lebih dikenali dengan ketrampilan yang lebih kemas dan bersih.

DBKL juga memaklumkan bahawa barangan yang dijual hanyalah merupakan barangan kering seperti pakaian, perhiasan serta aksesori diri, perhiasan dan aksesori rumah, makanan kering atau berbungkus dan peralatan kering.

Kelihatan tapak bazar masih lagi kosong kerana DBKL memberikan tempoh 3 hari untuk peniaga memenuhkan 344 ruang niaga yang disediakan di situ.-Foto Syafiq Iskandar.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production