Temu bual Syed Saddiq di BBC HARDtalk

Temu bual Syed Saddiq di BBC HARDtalk

Sempen lawatan ke London, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditemu bual saluran BBC dalam program bual bicara HARDtalk.

Temu bual itu, antara lain, bakal mengetengahkan isu berkaitan hubungan luar Malaysia dengan United Kingdom, Kesatuan Eropah, negara-negara Komanwel dan juga Asia, selain peranan negara di pentas dunia.

Rakaman temu bual itu akan ditayangkan di saluran BBC (Astro 512) pada Khamis jam 12.30 tengah hari dengan siaran ulangan pada 5.30 petang dan 11.30 malam, serta 2.30 pagi pada Jumaat.

September lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditemu bual oleh Zeinab Badawi dalam program sama ketika lawatan pertama beliau ke London selepas berjaya menerajui Pakatan Harapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu.