Malaysia Dateline

Temuduga guru lepasan ijazah bermula Februari

Urusan temuduga bagi graduan pendidikan lepasan Universiti Awam dimaklumkan akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan Februari 2021.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan memberitahu, temu duga akan dilaksanakan secara maya bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Katanya, calon yang akan dipanggil untuk di temu duga kali ini terdiri daripada calon-calon yang telah memohon atau mengemaskini maklumat melalui portal mySPP selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2020, berdasarkan
hebahan tarikh tutup permohonan yang telah dikeluarkan pada 11 Ogos 2020.

“Sehubungan itu, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga tersebut,” kata kenyataan itu.