Malaysia Dateline

Tengku Maimun wanita pertama jadi Ketua Hakim Negara

Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Difahamkan beliau adalah wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara di Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa mulai 2 Mei 2019.