Tengku Razaleigh masih pertimbang tanding jawatan Presiden Umno

Tengku Razaleigh masih pertimbang tanding jawatan Presiden Umno

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah belum memutuskan sama ada bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu, 30 Jun ini.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata beliau sedang mempertimbang pandangan pelbagai pihak yang mahu beliau bertanding jawatan tertinggi Umno itu.

Namun, katanya, beliau merasakan orang muda perlu diberi tanggungjawab memimpin parti yang berusia 72 tahun itu.

“Saya dah terima pandangan dari keluarga (berhubung cadangan bertanding jawatan Presiden Umno. Dari segi umur saya…terdaya atau tak terdaya nak pergi ke 191 bahagian dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, saya akan beristikharah,” katanya yang juga Ahli¬† Parlimen Gua Musang.

Tengku Razaleigh, 81, berkata demikian pada forum “Dilema Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14” di Kelab Sultan Sulaiman semalam.

Kira-kira 200 peserta menghadiri forum itu sebagai tanda memberi sokongan terhadap cadangan untuk mencalonkan Tengku Razaleigh bagi jawatan presiden parti, seperti dilapor Bernama hari ini.

CATEGORIES