Malaysia Dateline

Tengku Zafrul kecundang di tangan Dr Dzulkefly

Calon Parlimen Kuala Selangor dari Barisan Nasional (BN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kecundang kepada penyandang, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan (PH).

Dr Dzulkefly yang memperoleh 31,033 undi turut menewaskan Mohd Noor Mohd Sahar dari Perikatan Nasional (PN) dan Mohd Shaid Rosli (Pejuang).

Pemimpin AMANAH berkenaan menang dengan 1,001 undi majoriti manakala Zafrul mendapat 30,031 undi diikuti Mohd Noor dan Shaid masing-masing mengaut 23,639 dan 1,778 undi.