Seorang pemuda yang dikenali sebagai pempengaruh di platform TikTok tampil memuat naik satu perkongsian memaparkan panduan mandikan pesakit yang terlantar di katil.
Difahamkan, pempengaruh dikenali sebagai Alif itu mula meraih populariti dengan perkongsian hariannya yang menjaga ibu kandungnya kerana terlantar sakit di kediaman mereka.
Alif yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya itu berkongsi ilmunya bagi memandikan pesakit telantar khususnya untuk anak-anak atau mereka yang langsung tiada pengalaman.
“Kalau kita tak larat mandikan orang sakit di bilik air, kita boleh sahaja lakukannya di atas katil sahaja. Berikut cara saya mandikan mak hampir setiap hari. Konsep dia mudah sahaja. Kita hanya perlukan dua baldi dan tiga tuala,” katanya dalam satu hantaran di TikTok.
Barang-barang penting untuk mandikan pesakit
- Satu baldi air biasa
- Satu baldi air yang dilarutkan dengan sabun
- Tiga helai tuala kecil (asingkan sehelai bagi mengeringkan badan)
Cara-cara untuk mandikan pesakit:
1. Langkah pertama, letakkan satu kain di dalam baldi air biasa dan baldi sabun. Simpankan sehelai lagi kain untuk mengeringkan badan pesakit setelah selesai mandi.
2. Kemudian, lapkan keseluruhan badan pesakit dengan menggunakan air sabun terlebih dahulu.
3. Selepas itu, barulah kita boleh mengelap badan menggunakan air biasa untuk membersihkan cecair sabun daripada badan pesakit.
4. Akhir sekali, gunakan tuala kering yang anda asingkan sebentar tadi dengan tujuan untuk mengeringkan badan pesakit sebelum memakai lampin dan juga baju.
Langkah-langkah mandikan pesakit
1. Digalakkan untuk mula mengelap di bahagian wajah dan kepala pesakit terlebih dahulu sebelum teruskan membasuh ke anggota badan lain.
2. Kemudian, bolehlah anda mula mencuci kedua-dua belah tangan.
3. Sebelum mengelap bahagian depan badan dan kedua-dua belah kaki, seeloknya bukalah dahulu lampin pakai buang sekiranya pesakit anda memakainya.
4. Kemudian, terbalikkan badan pesakit untuk mencuci bahagian kemaluan mereka menggunakan tisu basah sebelum lipat dan buang lampin pakai buang tersebut.
5. Selepas itu, letakkan lampin pakai buang yang baharu dan lapkan air di seluruh bahagian belakang pesakit sebelum terbalikkan semula badan mereka.
6. Jangan lupa pakaikan lampin pakai buang dan langkah terakhir adalah mencuri bahagian bawah ketiak pesakit.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio