Malaysia Dateline

Tentera AS bina pangkalan baharu di Iraq berdekatan sempadan Syria

Tentera Amerika Syarikat (AS) membina pangkalan tentera baharu di Iraq berhampiran sempadan Syria di wilayah barat Anbar, memetik akhbar tempatan Rabu.

“Tentera AS membina pangkalan tentera di kawasan al-Maliha berhampiran bandar al-Qaim, kira-kira 400 kilometer barat Baghdad,” kata datuk bandar wilayah itu Ahmed al-Mahalawi, .

Memetik Datuk Bandar, agensi berita Xinhua melaporkan ia adalah pangkalan tentera kedua selepas yang pertama pada awal Disember.

“Pangkalan tentera baharu itu nampaknya bertujuan memantau sempadan dan melindungi tentera AS yang ditempatkan di Syria,” kata al-Mahalawi.

Sementara itu, anggota dewan majlis Anbar Frahan al-Dulaimi berkata tentera AS tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa wilayah terlebih dahulu berhubung pembinaan pangkalan tentera berkenaan.

Terdahulu pada tahun ini, Iraq berkata terdapat penyelarasan dengan Kerajaan AS untuk beransur-ansur mengurangkan jumlah tentera negara itu, selepas berjaya menumpaskan militan Daesh pada akhir 2017. Lebih 5,000 askar AS telah ditempatkan di Iraq.

— BERNAMA