Malaysia Dateline

Tentera Israel tahan 15 penduduk Palestin di Tebing Barat

Tentera rejim Israel pada awal Isnin telah menahan 15 penduduk Palestin di beberapa bandar di Tebing Barat, lapor agensi berita Petra memetik satu sumber Palestin.

Menurut kenyataan Persatuan Bantuan Palestin, tentera Israel telah menyerbu bandar-bandar Ramallah, El-Beira, Hebron, Bethlehem, Nablus dan beberapa kawasan kejiranan di Baitulmaqdis yang diduduki serta menahan 15 orang atas alasan mereka dikehendaki pihak berkuasa Israel.

Tentera Israel melancarkan kempen penahanan secara harian terhadap berpuluh-puluh penduduk Palestin di pelbagai bandar dan kampung di Tebing Barat atas alasan yang tidak wajar.– BERNAMA