Tentera Israel tembak umat Islam sedang solat di Baitulmuqadis

Tentera Israel tembak umat Islam sedang solat di Baitulmuqadis

Pihak berkuasa Israel, malam tadi, telah memecah masuk Masjid Al-Aqsa secara bersenjata dan menghalau penduduk Palestin yang sedang melakukan Ibadah.

Sumber Yerusalem Al Ray melaporkan bahawa pasukan Israel menyerbu masjid sebelum memaksa para jemaah keluar. Mereka juga sempat mengambil gambar para jemaah dan menuntut ID mereka.

Memetik laporan International Middle East Media Centre (IMEMCnews), Sumber-sumber itu menambah bahawa para jemaah dihalang daripada merakam perbuatan itu dengan telefon bimbit. Malah, pasport salah seorang jemaah Sweden turut dirampas kerana keengganannya menyerahkan telefon bimbitnya.

Selama lebih dari seminggu, pasukan Israel telah sengaja menyasarkan orang-orang yang melakukan ibadah di halaman-halaman masjid, sepanjang bulan suci Ramadhan dan memaksa mereka keluar dari kawasan halaman masjid tersebut.