Malaysia Dateline

Tentera laut Maghribi jumpa 15 mayat migran dalam sebuah bot

Tentera laut Maghribi menemui 15 mayat migran Afrika dalam sebuah bot yang terdampar di laut selama beberapa hari manakala 53 lagi diselamatkan, demikian menurut seorang tentera.

Bot itu dipercayai mengalami kerosakan enjin semasa dalam perjalanan ke Sepanyol.

Mangsa yang terselamat itu termasuk lapan wanita dan kemudian dibawa ke pelabuhan Nador.

Terdapat peningkatan jumlah migran Maghribi dan sub-Sahara yang mahu memasuki Sepanyol, sama ada melalui laluan laut atau darat.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi mengatakan, tahun ini kira-kira 51,000 migran tiba di Sepanyol menerusi jalan laut manakala lebih 630 lagi terkorban atau hilang.

— BERNAMA