Malaysia Dateline

Tentera Oren digerakkan seluruh negara bagi membantu banjir

Sejak bencana banjir melanda Negeri Selangor dan negeri tertentu hujung minggu yang lalu, aktivis dan pimpinan AMANAH yang dipanggil ‘Tentera Oren’ seluruh negara telah membantu sedaya upaya mangsa banjir.

Diakui bahawa banjir yang pertama kali berlaku dalam tempoh 30 tahun ini banyak memberi kesan buruk kepada rakyat Negeri Selangor.

Daripada barang-barang rumah yang rosak, rakyat terperangkap diatas bumbung, bekalan makanan yang terhad diikuti dengan alat perhubungan yang tersekat merupakan kekangan yang timbul semasa banjir melanda Negeri Selangor.

Kebetulan AMANAH yang prihatin kepada nasib rakyat telah membatalkan konvensyen nasional yang sepatutnya diadakan 19 Disember 2021 di Shah Alam, ramai pimpinan yang sudah berada di Shah Alam turun membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

Kelihatan pada 19 Disember, Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional,  Faiz Fadzil yang juga ADN Permatang Pasir, meredah banjir di Shah Alam bagi mengagihkan kepada rakyat yang terperangkap banjir sementara menunggu pihak penyelamat mengambil mereka.

Turut bersama adalah Ustaz Ridzwan Abu Bakar yang juga Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional.

Faiz Fadzil ketika mengagihkan sumbangan.

Selain itu, Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang juga Naib Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Mohd Hasbie Muda yang tidak dapat masuk ke kawasan Shah Alam telah menggerakkan bantuan keperluan kepada mangsa banjir di Hulu Langat pada har Ahad.

Turut turun melihat bencana banjir ialah Ketua AWAN Nasional, Aiman Athirah Al Jundi ketika mengiringi Presiden AMANAH, YB Mohamad Sabu di Taman Seri Muda, Shah Alam.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hasbie Muda ketika mengagihkan makanan buat mangsa banjir (gambar atas). Ketua AWAN Nasional, Aiman Athirah Al Jundi di Taman Seri Muda Shah Alam. (gambar bawah)

Apa yang lebih menarik lagi, jentera AMANAH Negeri telah mula melancarkan rombongan mereka untuk membantu Operasi Pembersihan Banjir di sekitar Selangor.

Semalam AMANAH Melaka telah melancarkan rombongan fasa pertamanya untuk turun ke Selangor.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Naib Presiden AMANAH yang juga Pengerusi AMANAH Melaka iaitu YB Adly Zahari di Pejabat AMANAH Melaka. Rombongan fasa dua AMANAH Melaka telah dilancarkan hari ini ditempat yang sama.

Adly Zahari ketika melancarkan Misi Bantuan Banjir Melaka ke Selangor.

Dalam masa yang sama, AMANAH Kedah juga telah menghantar rombongan untuk membantu mereka-mereka yang terjejas akibat banjir.

Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi telah melancarkan Misi Bantuan Mangsa Banjir dari Kedah itu melibatkan 3 fasa yang akan disertai oleh AJK AMANAH Kedah, AJK AMANAH Kawasan dan ahli-ahli AMANAH Kedah.

Misi yang bermula 21 Disember 2021 sehingga 31 Disember ini turut disertai NGO ARiF Kedah.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi telah melancarkan Misi Bantuan Mangsa Banjir dari Kedah.

Rombongan AMANAH Negeri Perak dan Johor masing-masing telah mula berada di Selangor sejak semalam lagi. Tumpuan AMANAH Johor lebih kepada membantu Operasi Pembersihan Rumah Banjir di Hulu Langat.

Sehingga Rabu, masih belum selesai lagi proses pembersihan disana memandangkan Hulu Langat antara lokaliti yang teruk akibat banjir.

Manakala AMANAH Perak yang diketuai oleh Pengerusi AMANAH Perak sendiri, YB Asmuni Awi telah turun membantu di kawasan sekitar Shah Alam.

Yang terkini, AMANAH Negeri Sembilan telah melancarkan rombongan Misi Bantuan Banjir yang disempurnakan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Tuan MK Ibrahim Abd Rahman melibatkan sekumpulan sukarelawan dengan kelengkapan 8 kenderaan pacuan 4 Roda.

Pelancaran dlaksanakan di hadapan Pejabat ADUN Paroi.

Tuan MK Ibrahim Abd Rahman di Pejabat ADUN Paroi.

Di Ibu Pejabat AMANAH Nasional, Sabky Yusof yang juga Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional telah mempengerusikan Mesyuarat Pusat Operasi Bencana Alam (POBA) untuk menyelaraskan gerak kerja pasca banjir di negeri-negeri yang terlibat banjir khususnya di Selangor.

Mesyuarat POBA di Wisma AMANAH Negara.

Ternyata sejak bencana banjir melanda negara, tentera oren dari pelusuk negara telah turun membantu rakyat yang terkesan. Tentera Oren kekal memegang prinsip Peduli kepada permasalahan rakyat.