Tentera, Polis  setia pada Najib bukan Raja dan Negara,  kata Mahathir

Tentera, Polis setia pada Najib bukan Raja dan Negara, kata Mahathir

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kesalnya kerana Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkannya, kini tidak lagi menyatakan kesetiaan mereka kepada Raja dan Negara.

“Kita (PH) amat kecewa Panglima Angkatan Tentera ATM akan setia pada kerajaan dan Perdana Menteri.

“Itu bertentangan dengan perlembagaan kita yang mana ATM perlu setia kepada raja dan negara.

“Tapi sekarang ini kita dapati tentera akan setia kepada Najib dan kerajaan. Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri,” ujarnya dalam sidang media diadakan selepas mesyuarat mingguan Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen Hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir mengulas mengenai kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, pada Sabtu, menggesa anggota tentera dan polis bersyukur dan setia kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya seru manifestasikan segala ini dan unjurkan rasa dengan beri kesetiaan tak berbelah bahagi kepada negara dan kerajaan yang dipimpin oleh perdana menteri,” katanya di hadapan kira-kira 460 anggota tentera dan polis di Wisma Perwira, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir turut berkata, kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Hassan mengenai hasil siasatan PDRM terhadap kapal layar mewah The Equanimity juga menunjukkan polis turut dikuasai perdana menteri.

“Ketua polis negara juga kata pemilikan Equanimity bukan Jho Low. Polis sudah siasatan.

“Tetapi apa buktinya siasatan dilakukan itu kita tidak tahu.

“Nampak dua pihak ini (tentera dan polis) adalah pihak berkuasa yang tertinggi dalam negara tetapi setia pada Najib berbanding raja,”dakwanya.

 

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS