Malaysia Dateline

‘Tentu dia jadi penasihat agama kerajaan Quraisy’

Mula-mula Umno musuh agama. Lepas makan duit Umno RM90 juta, AMANAH dan PKR pula musuh agama.

Sekarang, Bersatu bukan musuh agama. Kalau Bersatu nak rasa jadi musuh agama, cuba buang orang parti dia yang jadi menteri.

Jam 12 buang, 12.05 terus jadi musuh agama. Kalau Bersatu tak percaya, cuba buat tengok.

Masa dia peluk Kit Siang, MCA musuh agama. Bila dia sokong Ka Siong, DAP pula musuh agama.

Masa dia jadi pembangkang, hudud wajib. Tak buat hudud kafir. Lepas jadi kerajaan, tanya bab hudud, suara syaitan.

Dia jual fatwa agama sekupang dua saja. Ikut sedap mulut dia nak kata apa. Seolah-olah agama ini tidak ada sistem, tidak ada manhaj.

Sesiapa lawan parti dia, itu penyokong penjajah, penyokong Barat, anti Islam dan sekularis.

Tapi apabila geng dia bermesra dengan al-Sisi yang bunuh ramai pejuang rakyat Mesir, dia diam.

Begitulah dia. Semuanya mengikut selera politik dia. Ayat al-Quran pun dibaca ikut selera politik dia juga.

Ketika dia lawan Umno, dia baca ayat waman lam yahkum. Apabila dia duduk bawah ketiak Umno, dia baca pula ayat wa’tasimu bi hablillah.

Kalau orang macam ini hidup di zaman Abu Jahal, tentu Abu Lahab lantik dia jadi penasihat agama kerajaan Quraisy.