Tentukan kehendak ahli, kelansungan parti banding berebut jawatan Presiden PKR, kata Kamaruddin

Tentukan kehendak ahli, kelansungan parti banding berebut jawatan Presiden PKR, kata Kamaruddin

Datuk Kamaruddin Jaafar

Dalam suasana masyarakat yang sangat terbuka pemimpim utama PKR diminta untuk menilai kehendak penyokong terhadap parti dalam menentukan hala tuju parti itu dalam pemilihan pada Ogos depan.

Siapapun yang akan bertanding bagi kerusi Presiden PKR proses perbincangan akan dapat diteruskan, agar keputusan itu kelak membawa kepada pengukuhan parti daripada peringkat akar umbi kepada pemimpin tertinggi parti.

Ahli Parlimen (PKR) Bandar Tun Razak Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sesiapapun calon yang pertandingan bagi kerusi Presiden PKR,masih lagi membawa prinsip demokrasi yang diamalkan dalam parti.

“Sudah tiba masanya kita (PKR) melihat setiap keputusan yang akan dibuat oleh pemimpin kanan parti adalah untuk memastikan sebaik-baiknya persefahaman antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Azmin, jika beliau (Azmin) menawarkan diri untuk bertanding kerusi Presiden PKR kelak,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau ditanya mengenai desas-desus kemungkinan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menawarkan diri bertanding kerusi Presiden dan pastinya Azmin akan bertembung dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telahpun mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai Presiden PKRdalam pemilihan parti itu.

Pada 18 Julai, Azmin dipetik berkata beliau sedang menimbangkan sama ada mahu mempertahankan kerusi timbalan presiden atau bertanding jawatan tertinggi.

“Saya akan buat keputusan sedikit masa lagi,” Azmin memberitahu pemberita di Parlimen baru-baru ini.

Setakat hari ini (26 Julai) belum ada lagi secara rasmi pencabar Anwar sebagaimana dipetik kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sehingga kini hanya Anwar yang mengesahkan akan bertanding jawatan tertinggi parti itu yang kini disandang isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun Kamaruddin menegaskan, diharapkan proses perbincangan akan terus berjalan dan keputusan akhirnya PKR menjadi sebuah parti yang teguh bukan perpecahan.

Beliau merujuk kepada kemungkinan akan wujud dua kem yang akan menyokong kemunculan Azmin mencabar Anwar pada pemilihan kali ini.

“Pelbagai ramalan itu biasa dalam sebuah sistem demokrasi parti politik. Sama ada cabaran akan berlaku untuk mana-mana jawatan belum lagi ada kepastian yang jelas.

“Kebanyakan pandangan masih lagi tidak menolak sesiapapun yang mahu menawarkan diri bertanding jawatan Presiden parti.

“Ia terbuka kepada kepimpinan terdahulu atau masa kini. Untuk kita menjangkakan kemungkian berlaku penolakan ahli terhadap calon yang akan menawarkan diri bertanding Presiden masih terlalu awal.

“Saya percaya ahli akan menilai pimpinan tertinggi parti dalam suasana masyarakat yang sangat terbuka kepada pandangan.

“Pemimpin kanan partipula perlu memastikan mereka lebih pentingkan kelangsungan parti bukan jawatan semata-mata dalam pemilihan kali ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai barisan kepimpinan baharu parti yang mungkin dapat digambarkannya kali ini, Kamaruddin yang menyertai PKR pada 2015 selepas keluar daripada Pas berkata, pemimpin barisan baharu dalam PKR di setiap peringkat jawatan perlulah dianggotai dikalangan generasi muda dan berpengalaman.

“Kita mahu pelbagai peringkat umur, pengalaman, komitmen pada perjuangan parti dan kemampuan menjadi pemimpin relevan.

“PKR salah satu parti dalam gabungan Pakatan Harapan kelak akan mampu memainkan peranan sebagai parti kerajaan itu yang pentingnya kepada saya danPKR  sentiasa dilihat relevan dalam politik semasa,” ujarnya yang turut berkata, sedang mempertimbangkan akan  menawarkan diri dalam salah satu jawatan tertinggi parti tetapi bukan kerusi Presiden.

PKR dijadualkan mengadakan pemilihan parti pada akhir Ogos ini bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Kepimpinan Pusat, sayap Muda dan Wanita, Ahli Majlis Kepimpinan dan peringkat cabang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote