Malaysia Dateline

Teori aneh Prof pakar Perlembagaan

Apabila Prof bercakap, kita yang bukan Prof ni kena tunduklah walaupun jujurnya, maaf sungguh, saya memang tidak kenal Prof ini.

Saya juga tidak pernah dengar nama dia (Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi) atau baca sebarang buku atau tulisan akedemik dia dalam mana-mana law journal di dalam dan di luar negara. Maaf ya. Itu kelemahan saya.

Mungkin Prof ini ada tulis misalnya di Harvard Law Journal tentang isu Perlembagaan dan saya yang tidak tahu dan tidak baca.

Maaf Prof, saya hanya seorang bekas tok loya cabuk kampung saja. Orang habaq “a street lawyer”.

Sebagai mantan tok loya kampung, maaf cakap orang putih sikit ya, “i am a bit bewildered with your constitutional theory sir. With due respect, it seems to me that your theory is very very weird.”

Nak tanya sikit;

“Bukankah Perlembagaan itu sendiri dibina atas nilai-nilai demokratik yang luhur?

Jadi, agak nampak pelik apabila Prof sendiri macam seolah-olah nak buang ke longkang begitu sahaja nilai-nilai demokratik yang terkandung dalam Perlembagaan itu sendiri.

Perlembagaan, seperti agama juga, ada sedikit persamaan dalam aspek-aspek tertentu.

Setakat yang saya tahu, dalam Perlembagaan pun sentiasa ada dua elemen di dalamnya, Prof. – inward and outward, lahir dan batin, jasad dan roh.

Dalam agama, solat jika mematuhi segala hukum fiqah memang dikira sah dari segi hukum fiqah yang zahir. Tetapi boleh pakai ke dan diterima oleh Allah ke jika lalai atau riya’?

Kenapa hujjatul Islam Imam Al-Ghazali رحمه الله pi syarah bab solat dari dua dimensi – lahir dan batin – dalam magnum opus dia, “Ihya’ Ulumuddin” ( The Revival of Religious Sciences)?

Riya’ itu ‘kan soal dalaman/hati?

Bukankah dalam al-Quran ada ayat yang mengutuk orang solat?

Awat dikutuk sedangkan depa dah solat dan dah sah solat tu?

Takkan kita nak kata, lantak pi lah asal solat sah?