Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Teraju gesa Prasarana rentas sempadan dinaik taraf untuk permudah pelaburan, perdagangan

Teraju gesa Prasarana rentas sempadan dinaik taraf untuk permudah pelaburan, perdagangan

BernamaFebruary 18, 2020 7:30 pm




Prasarana rentas sempadan antara Malaysia dan Thailand perlu dinaik taraf untuk memudahkan aliran perdagangan dan pelaburan.

Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang baru dilantik Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak cabaran yang perlu ditangani untuk memudahkan hubungan rentas sempadan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

“Satu daripada isu adalah paras pendapatan. Bahagian utara Semenanjung Malaysia, terutamanya Kelantan dan Selatan Thailand adalah miskin.

“Bagi merapatkan jurang pendapatan dalam Malaysia dan Thailand, kedua-dua kerajaan perlu menunjukkan komitmen mereka untuk meningkatkan status sosioekonomi rakyat di sempadan,” katanya pada Siri Meja Bulat ASEAN: “Malaysia-Thailand Ke Arah Hubungan Merentasi Sempadan”, di sini, hari ini.

Mustapa berkata Malaysia mempunyai Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi di pantai timur dan wilayah utara.

Sementara itu, Thailand mempunyai Pusat Pentadbiran Daerah Sempadan Selatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan sosioekonomi di wilayah selatannya.

“Bangkok dan Kuala Lumpur perlu menugaskan lebih banyak kuasa kepada badan wilayah,” katanya.

Mustapa juga berharap kerajaan akan menimbang dengan serius untuk melebarkan jambatan Rantau Panjang-Buketa yang sedia ada dan meneruskan cadangan pembinaan jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai.

Ketika ini, katanya, Malaysia dan Thailand dihubungkan menerusi tiga pintu masuk — Rantau Panjang-Sungai Golok, Pengkalan Kubor-Tak Bai dan Bukit Bunga-Buketa — yang perlu dinaik taraf.

Sementara itu, Duta Thailand ke Malaysia Narong Sasitorn berkata perniagaan Malaysia boleh mengambil kesempatan penuh daripada prasarana dan logistik Thailand bagi akses segera ke pasaran sedang berkembang di Kemboja, Laos, Myanmar, China Selatan dan Bangladesh.

“Tetapi sebelum anda mendapat akses ke pasaran tersebut, kita perlu menangani isu kesesakan di sepanjang sempadan kerana hubungan sempadan adalah sangat penting.

“Thailand dan Malaysia adalah besar di ASEAN dari segi saiz ekonomi. Jika kedua-dua negara memulakan sesuatu, ia akan membawa banyak impak dari segi penyepaduan serantau,” katanya sambil menambah kerajaan Thailand sedang dalam usaha untuk menaik taraf prasarananya di bawah Pelan Induk Pengangkutan Thailand. — BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production