Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Teras gesa pihak berkuasa siasat persidangan promosi LGBT akan diadakan pada Oktober

Teras gesa pihak berkuasa siasat persidangan promosi LGBT akan diadakan pada Oktober

SITI NUR ZAWANI MISCONJune 3, 2019 8:00 pm




Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah penganjuran Persidangan Antarabangsa Gender dan Seksualiti 2019 oleh sebuah organisasi yang bertapak di Sri Lanka yang dilaporkan akan di anjurkan di Kuala Lumpur pada 3 dan 4 Oktober ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa pihak berkuasa menyiasat pihak penganjur dan menghalang persidangan tersebut yang mempunyai unsur bertentangan budaya dan nilai Malaysia.

Azmi Abdul Hamid

Katanya, program tersebut harus diteliti biarpun penganjur menyatakan bahawa persidangan itu bertujuan berkongsi penyelidikan ilmiah oleh pelbagai ahli akademik dan pengkaji dari seluruh dunia mengenai isu gender.

“Dalam iklan yang dipaparkan, pembicara yang diundang termasuk dua orang aktivis transgender iaitu , Bhoomi Harendran dari Sri Lanka dan Jessica Lynn dari Amerika Syarikat.

“Walaupun atas nama perbahasan ilmiah namun secara tidak langsung ia sebenarnya mempromosi hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) yang ditolak oleh Malaysia.

“Oleh kerana Malaysia secara jelas menolak LGBT, penganjur nampaknya merasakan dengan mengadakan perdebatan itu di negara ini, sebagai strategi untuk menyemarakkan tuntutan kumpulan LGBT supaya Malaysia mengubah dasarnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh dijadikan sebagai tapak eksperimen untuk menonjolkan nilai dan budaya yang bertentangan dengan nilai masyarakat Malaysia.

Tambahnya, kerajaan Malaysia perlu tegas dengan sikap dan dasar menolak LGBT walaupun ia ditafsirkan sebagai menyekat kebebasan bersuara.

“Malaysia harus kekal dengan dasarnya untuk tidak menerima nilai barat yang merosakkan bukan sahaja bertentangan dengan budaya masyarakat timur malah bertentangan dengan Islam,” ujarnya

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production