Teras utama manifesto selamatkan negara sudah dilaksana, kata Gobind

Teras utama manifesto selamatkan negara sudah dilaksana, kata Gobind

Kertas Putih Felda yang telah dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu diberi sokongan sepenuhnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, enam agenda pemerkasaan peneroka dan generasi baru perlu di sokong sepenuhnya.

Malah kata beliau, model baru tersebut akan memberi fokus kepada usaha pemulihan Felda sebagai wahana untuk mengangkat darjat peneroka melalui pembasmian kemiskinan, memperbaiki kesenjangan ekonomi bandar dan desa serta memacu industri perladangan,pertanian dan makanan negara.

“Secara asasnya, PKR senantiasa mengikuti rapat isu-isu berkaitan Felda dan juga warga penerokanya.

“Selain disasarkan untuk menjadi operator pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, Felda juga turut dipuji oleh Bank Dunia kerana pernah menjadi satu model yang sangat baik untuk mengeluarkan masyarakat bandar dari kelompok kemiskinan.

“Sebaliknya model operasi Felda pada satu ketika dahulu adalah sangat berjaya sehinggakan pernah dilawati oleh beberapa negara Afrika bagi menjadikan Felda sebagai model pembangunan negara mereka, ” jelasnya.

Kata Shamsul lagi, Felda pernah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan sehinggalah pada 2013 apabila Perdana Menteri ketika itu melantik Pengerusi Felda dari kalangan kroni politik beliau yang terkenal dengan isu rasuah.

Sejak itu ujarnya, bermulalah era kecelaruan pengurusan dan kedurjanaan urus tadbir korporat yang menjerumuskan Felda kepada zaman gelap dan kejatuhan dimana sehingga ke hari ini ia telah mengumpulkan hutang berjumlah hampir RM8 bilion ringgit.

“Wang dari hasil dari titik peluh peneroka Felda telah diselewengkan, digunakan dengan rakus dan sewenang-wenangnya.

“Pembongkaran kebobrokan bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa hampir RM2.7 bilion duit Felda telah dikhianati dan digunakan untuk membeli undi pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang lalu.

“Namun begitu, jangkaan Najib bahawa warga Felda boleh dibeli dengan wang ringgit ternyata merosot sekali, ” tegasnya.

Maka itu tambah Shamsul, PKR amat teruja menyaksikan hampir sebahagian besar peti undi di Felda telah berubah dan menyokong Pakatan Harapan dalam PRU yang lalu.

Beliau juga berkata, pendekatan yang amat cermat, induktif dan berprinsip dalam menangani permasalahan warga Felda bagi memastikan kebajikan dan kelangsungan mereka terjamin dan terpelihara perlu diberi dokongan.

“Dalam isu ini PKR melalui pimpinan dan ahli di seluruh ceruk rantau Felda senantiasa mendengar, mengambil maklumat dan memberikan maklum balas, keluh-kesah dan keresahan warga Felda untuk perhatian serius kerajaan khususnya Kementerian Hal Ehwal
Ekonomi, Kementerian Industri Utama dan juga Kementerian Kewangan.

“Selaras dengan keprihatinan kerajaan PH,PKR turut mendengar dan meneliti isu berkaitan tanah peneroka Felda di Sendayan yang sehingga kini tidak berkesudahan.

“Masalah ini merupakan satu masalah meruncing yang telah berlarutan sekian lama, namun ianya gagal untuk diselesaikan secara menyeluruh oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

“Sehubungan itu, sudah tiba masanya untuk meletakkan titik noktah kepada kesengsaraan para peneroka yang terlibat dan optimis pengundi-pengundi warga Felda di Dun Rantau mahukan angin perubahan setelah pembongkaran terbesar kertas putih penyelewengan Felda di Parlimen semalam, ” kata beliau lagi.