Bagi yang melayan cerita Perempuan itu, pastinya tahu ia adalah mengenai seorang isteri yang mendiamkan diri walhal tahu suami ada perempuan lain.
Menerusi komen di Instargram pelakon cerita tersebut, Mimi Lana, wanita itu dedah kisah dirinya menjadi penyebab keretakan hubungan orang lain.
Walaupun sudah menyebabkan penceraian, wanita tersebut dan kekasihnya tetapi tidak berkahwin selepas lapan tahun bersama, malah pelbagai alasan diberikan lelaki itu.
Selepas berpisah akhirnya dia menemui lelaki yang dianggap mampu mengubah hidupnya namun segala perbuatan jahatnya akhirnya dibayar.
Wanita itu turut memaklumkan bahawa suaminya mencari perempuan lain saat dia mengandung hingga menyebabkan dia sering gelisah dan mencari bukti kecurangan.
Namun dia percaya itu adalah balasan atas perbuatannya dahulu dan kini dalam poses penceraian.
Malah dia menasihati para wanita yang suka rampas hak orang lain untuk cepat sedar kerana satu masa nanti benda sama akan terjadi kepada diri sendiri.
Baca juga: ‘Terpaling Jepun’, pemuda ditegur staf makan sushi guna tangan