Terbalik pula! Penumpang tolong bawakan kereta, pemandu teksi terlena di ‘seat’ belakang

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan selalu penumpang bawa teksi dan pemandu tidur di bahagian belakang, tapi kalau sudah terlalu penat memang tak mampu nak memandu.

Begitulah kejadian yang berlaku di negara jiran, Thailand apabila penumpang wanita tular selepas video menunjukkan pemandu teksi tertidur di belakang menyita perhatian ramai.

Menurut The Pattaya News, wanita tersebut yang tidak mendedahkan namanya berkongsi kejadian lucu semasa menggunakan perkhidmatan teksi.

Wanita tersebut dikatakan mendapat khidmat teksi pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) dari Pattaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok.

Difahamkan pemandu tersebut pada mulanya memandu namun kerap tertidur maka mereka bimbang akan keselamatan diri.

Disebabkan itu, wanita tersebut akhirnya menawarkan diri untuk memandu sekiranya pemandu terlalu mengantuk.

Pada akhir video yang dirakam penumpang kedua, kelihatan pemandu tersebut tidur dengan lena

Rata-rata netizen memuji wanita tersebut yang sanggup memandu sendiri dan tidak membahayakan nyawa.

Pada masa sama ada ramai mempertikai tindakan pemandu yang sanggup menerima tawaran untuk menghantar penumpang sedangkan tahu keadaan diri yang mengantuk.

Baca juga: Rupanya senang nak periksa tayar botak, ikut panduan mekanik ini – “Guna duit syiling je!”