Terbaring luarbiasa


(Hormat Mujahid Yusoff Rawa)

Suatu yang luarbiasa. Entah apa
Lihat gambarnya saja aku kagum
Terasa hebatnya. Luarbiasa. Lihatlah
Seorang Ahli Parlimen. Selamba tidur
Di tepi jalan. Lihatlah! Bagaimana dia
Meletakkan diri di situ. Terhormat
kukira. Terbaring di jalanan. Terhormat
Suatu perjuangan mulia. Dilakukannya
Demi Rakyat. Kepentingan Rakyat
Terbaring di laluan orang ramai
Membantah harga petrol dimainkan
Sewenang-wenang. Dia baringkan badan
Selamba. Berani. Jeritan tanpa suara
Bersipongang ke langit dunia. Aku kagum
Lihatlah! Tanpa peduli sambutan dingin
Dia teguh membantah. Aku tabik

DINSMAN
22.11.2017

9.3
OVERALL SCORE
: 7.0
5 user votes x 9.8
CATEGORIES
TAGS