Malaysia Dateline

Terbelit dengan tali sendiri?

1. Jika dalam undang-undang biasa, kes macam ini, ia macam kes yang tok loya biasa panggil prinsip “estoppel”

Lebih kurang begini prinsipnya.

Katakan A setuju lantik B sebagai wakil dia untuk jual barang, katakanlah, kereta hakmilik A.

Lepas tu B pun pi jual kereta tu kat C dan C dah bayar habis harga kereta tu kat B.

Tiba-tiba, A kini kata “maaf, saya tak mahu serah kereta saya ni kat kamu, C” sebab , A kata “saya adalah tuan punya kereta. Saya ada kuasa tak mahu jual kat kamu,C.”

2. Bila A dah beri kuasa kepada B untuk jual kereta hakmilik A pada C , undang-undang kata dia dihalan atau estopped dari berkata “Oh, B tak ada kuasa. Kan itu kereta saya. Sayalah yang ada hak dan kuasa”.

Begitulah lebih kurang prinsip estopple.

3. Gomen Tebuk Atap telah nasihat YDP Agong untuk YDPA isytihar darurat.

4. Lepas tu depa pi gubal Undang-Undang Khas Darurat yang dipanggil Ordinan Darurat.

5. Lepas tu dalam undang-undang tu, depa dengan penuh sedar bagi KUASA kat YDPA untuk panggil/convene sidang Parlimen .

6. Undang undang tu pula tak kata pun yang YDPA hanya boleh panggil sidang Parlimen selepas dinasihati oleh PM atau Kabinet Gomen Tebuk Atap.

Jadi, lagu mana sekarang?

7. Gini ya. Bila hangpa dah nasihat YDPA untuk isytihar darurat dan lepas itu bagi pula KUASA kat YDPA untuk panggil/tetapkan sidang Parlimen, hangpa tak boleh lah sekarang kata “oh kami nak kuasa asal kami balik/semula dalam Perlembagaan, iaitu kuasa menasihati YDPA”.

8. Jika hangpa nak lagu tu, “awat dari awai hangpa sibuk pi minta YDPA isytihar darurat dan selepas tu bagi pula kuasa kepada YDPA untuk panggil sidang Parlimen?”

9. Suka atau tidak hangpa telah “terbelit” dengan tali yang you all cuba nak belit orang lain.

10. Orang putih kata hangpa tak boleh “blow hot and cold” lah!

والله اعلم


Penulis adalah ahli Parlimen Sepang, seorang peguam dan juga bekas timbalan menteri (Undang-undang).