Terengganu negeri pertama dilawati Mahathir pada 2019

Terengganu negeri pertama dilawati Mahathir  pada 2019
Datuk Raja Kamarul Baharin (kiri) ketika mengiringi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika lawatan perdana menteri itu ke Terengganu pada 7 Januari lalu.

ULASAN: Negeri Terengganu menjadi pilihan pertama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat lawatan rasmi pada tahun 2019, tahun yang di jangka kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengorak langkah lebih agresif dan positif ke hadapan .

Enam bulan terakhir 2018 merupakan masa penilaian, pengstrukturan dan penyusunan semula peninggalan kesan kerosakan lebih dari 60 tahun pemerintahan Umno-BN.

Walaupun Negeri Terengganu telah menikmati lebih dari 40 tahun hasil minyak dan gas, Rakyat Terengganu maseh di antara negeri termiskin di Malaysia.

Walaupun selepas 30 tahun rekod cemerlang Nasional keputusan peperiksaan peringkat sekolah, tetapi hasil kejayaan ini tidak kelihatan dan di manafaatkan untuk Terengganu.

Tun Mahathir dalam ucapannya telah menasihati warga pendidik memanafaatkan teknoloji terkini dalam menyampaikan ilmu kepada murid hari ini supaya sistem penyampaian menjadi lebih efisyen dan berkesan. Dengan itu murid akan menjadi lebih berdaya saing apabila ke pengajian tinggi.

Walaupun memiliki pantai terpanjang dan laut China Selatan yang kaya dengan hasil laut, nelayan Terengganu maseh di kalangan termiskin dengan pendapatan di bawah RM500 sebulan. Tun Mahathir menggesa nelayan menggunakan bot lebih besar dan kemudahan bilek sejuk untuk memelihara tangkapan laut mereka supaya boleh berada di laut lebih lama dan bersaing dengan nelayan asing. Ini adalah perubahan yang perlu di lakukan untuk kemajuan nelayan.

Berlatarbelakang ini lah Tun Mahathir memilih untuk berjumpa dengan warga pendidik serta guru guru sebaik sahaja turun dari pesawat kapal terbang di susuli dengan pertemuan dengan nelayan serta petani di sebelah petang.

Kerajaan PH amat peka dan prihatin akan situasi dan kesusahan rakyat Terengganu dan Tun telah turun sendiri untuk meninjau dengan lebih dekat keadaan semasa.

Loading...

Kami dari Pakatan Harapan Terengganu bersedia menyumbang dengan kepakaran serta bantuan Kerajaan Pusat untuk membangun Terengganu yang terdiri dari 95 peratus orang Islam dan Melayu.

Polisi inklusif kerajaan PH memupok sikap prihatin terhadap semua golongan masyarakat yang memerlukan bantuan keperluan asas terutamanya dalam bidang pendidikan dan juga dalam usha membasmi kemiskinan.

Tanpa pendidikan tinggi yang baik dan bebanan kemiskinan masyarakat boleh terjerumus kedalam kancah unsur unsur tidak sihat.

Setelah menyusun semula kerajaan pusat, kini PH bersedia untuk memberi lebih tumpuan kepada negeri-negeri termasuk negeri pembangkang.

Terengganu telah diberi kehormatan tinggi sebagai negeri pertama di lawati Tun Dr Mahathir pada minggu pertama tahun 2019.

*Penulis adalah Pengerusi PH Terengganu.