Panas terik Ramadan tidak luntur semangat peserta Himpunan Al-Quds

Panas terik Ramadan tidak luntur semangat peserta Himpunan Al-Quds

Panas tengahari bulan Ramadan tidak melunturkan semangat ratusan umat Islam untuk berdemonstrasi menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Himpunan Solidariti Selamatkan Al-Quds itu berlangsung seusai solat Jumaat.

Para demonstran berarak dari Bangunan Tabung Haji sambil melaungkan slogan-slogan menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengecam Israel dan sekutunya.

Program anjuran Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) itu turut disertai Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) yang dipengerusikan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Abdul Ghani dan Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid  berucap sebelum dibenarkan masuk ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan memorandum.

Hadir ketika perhimpunan berlangsung Presiden Amanah Mohamad Sabu yang berucap menyuntik semangat hadirin.

Wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Mapim turut berucap di hadapan bangunan kedutaan.  

Sejak beberapa bulan lalu, rejim Israel semakin agresif merempuh masuk kawasan Masjid Al-Aqsa dan sengaja mencabar kesabaran umat Islam apabila cuba menghalang penduduk Palestin masuk ke masjid pada bulan Ramadan ini.

Mohamad Sabu berucap menyuntik semangat hadirin.

Berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika menunjukkan solidariti bersama umat Islam Palestin.

Orang ramai berarak dari Bangunan Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Setia mendengar ucapan di bawah panas terik matahari.

Pelbagai sepanduk dibawa bagi melahirkan solidariti bersama rakyat Palestin.

Anak-anak kecil ini tidak ketinggalan menyatakan simpati terhadap nasib rakyat Palestin yang dijajah Israel.

Cikgu Azmi dan Ustaz Abdul Ghani melangkah masuk ke kedutaan bagi menyampaikan memorandum.

Bendera Israel dibakar demonstran tanda membantah kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin.

 

COMMENTS

Wordpress (0)