Pastinya setiap anak murid mahu memberikan hadiah buat guru yang tidak pernah lelah mengajar mereka.
Namun tiada hadiah dapat melawan kegigihan anak murid hingga mampu mencapai kejayaan yang diharapkan ibu bapa.
Seorang guru menahan sebak selepas menerima lima keping not RM1 berserta nota kecil dari anak muridnya.
Menerusi TikTok, @ramoqena, guru tersebut berkongsi video yang menyebabkan dirinya sebak itu.
“Pagi ini aku terkejut apabila masuk bilik guru, ada sampul duit raya, siapa yang bagi?
“Aku tanya cikgu-cikgu lain, mereka maklumkan ada murid-murid pergi ke meja aku. Aku buka, memang betul ada duit dan nota.
“Budak-budak ini kan, pagi-pagi sudah buat aku tersentuh,” katanya dalam video tersebut.
Di bawah adalah nota yang ditulis oleh anak muridnya.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ikhlas daripada Amira, Robiana, Theodore, Yvonne and Olivia.
“Cikgu, kami minta maaf itu saja kami boleh bagi RM5 kepada cikgu,” tulis nota kecil.
Rata-rata warganet juga merasa sebak dengan niat baik kanak-kanak tersebut yang berusaha memberikan hadiah buat guru mereka.
“Murid bagi duit ke, petai atau pen, asal nampak usaha je mesti saya menangis,” koemn Hajar.
“Bagi mereka sikit tapi pada guru-guru mereka, akhlak dan kesudian memberi tu lebih bermakna daripada nilai duit tu,” ujar pengguna TikTok.
Baca juga: Hanya guna 3 bahan, lelaki ini berjaya cuci buntut kuali sampai berkilat