Terima elaun tetap tanpa buat kerja? Macam mana ya?

Oleh KIM SYAZIE

Mantan KSN dan juga mantan ahli penasihat 1MDB ibarat meledakkan bom jangka (a bombshell) dalam perbicaraan yang sekali lagi melibatkan penjenayah Pekan berhubung isu 1MDB.

Saksi ke-19 pihak pendakwa itu habaq secara bersumpah dalam mahkamah yang dia ada ditanya oleh penjenayah Pekan itu tentang gaji KSN.

Selepas itu dia habaq dia diberikan RM30,000 setiap bulan walaupun dia tak pernah hadir walaupun sekali dalam mana-mana mesyuarat tahunan badan tersebut sepanjang dia berkhidmat sebagai ahli lembaga penasihat untuk 5 tahun!

Mantan KPN @ IGP, Tan Sri Musa Hassan dilaporkan dalam media habaq bahawa mantan KSN itu seharusnya tidak mengambil sesen pun elaun bulanan itu. Alasannya mudah “dia tak buat sebarang kerja maka dia tak layak ambil sesen pun!”

Tak pasti adakah secara tersirat mantan KPN nak habaq juga yang mantan KSN itu patutnya kena pulangkan balik semua wang yang dia terima itu? والله اعلم

Adakah wang itu halal atau tak halal dari sudut agama, rasanya kita serahkanlah pada YB Senator Menteri Agama parti ehem untuk ulas nanti atau mungkin juga Mufti Perlis atau presiden parti ehem.

Memandangkan kes penjenayah Pekan yang melibatkan keterangan mantan KSN itu masih sedang berjalan di mahkamah, tidak sayugia untuk saya mengulas keterangannya secara panjang lebar.

Oleh itu saya akan hanya sekadar berbicara satu senario yang bersifat hipotesis sahaja.

Secara umumnya katakan ada mana-mana orang itu diberikan wang apatah lagi dengan jumlah yang lumayan tanpa dia pula disuruh melakukan sebarang tugas, pihak yang terima wang itu logiknya sewajarnya boleh ‘menghidu’ sesuatu yang ‘busuk’ mungkin sedang berlaku.

Umumnya, antara sifat sesuatu jenayah itu adalah ia mempunyai elemen busuk di dalamnya .

Sebab itu, lazimnya benda busuk yang selalu dilindungi dan dilakukan secara bersembunyi. Sedangkan benda bersih pula sering dikongsi.

Adakah tindakan menerima wang dalam hipotesis yang saya habaq itu boleh dianggap satu jenayah?

Atau hanya pihak yang memberi sahaja dalam hipotesis itu yang boleh dianggap melakukan jenayah iaitu jenayah sogokan/rasuah?

Tok loya selalu habaq dalam jenayah sogokan/rasuah, jenayah itu tidak sempurna tanpa adanya dua pihak iaitu pemberi dan penerima