Terima kasih Australia hormati pandangan kami

Terima kasih Australia hormati pandangan kami
Bantahan dalam demonstrasi AMANAH dan MAPIM dihadapan kedutaan Ausralia, Kuala Lumpur yang pernah diadakan untuk menentang penempatan kedutaan Australia di Jurusalem.

Parti AMANAH Negara (AMANAH) menghormati keputusan Perdana Menteri Australia Scott Morrison untuk membatalkan pemindahan kedutaan negara itu di Israel dari Tel Aviv ke Juresalem.

Bagaimanapun AMANAH menganggap keputusan itu sebagai tanda hormat Australia kepada negara jiran sepert Indonesia dan Malaysia yang cukup prihatin dengan penindasan Israel ke atas Palestin.

“Amanah melihat keberanian Australia untuk membatalkan rancangan itu boleh memeri tekanan kepada Amerika Syarikat selaku negara pertama yang mengiktiraf Jurusalem sebagai ibu negara baharu Israel.

“Selain Australia, Presiden Brazil Jair Balsonarao turut mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Jurusalem.

“Langkah negara ini yang bertindak bertentangan denganAmerika Syarikat menunjukkan satu keberanian baharu untuk terus mengikut telunjuka kuasa besar dunia,” ujar Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Mohd Tahir.

Beliau berkata, setiap tingkat kepimpinan negara telah membantah keputusan awal Asutralia itu.

Katanya Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengkritik hasrat itu kerana berisiko menyumbang kepada terrorisme.

Manakala Menteri Pertahana Mohamad Sabu dalam ucapan penangguhan Konvensyen AMANAH Negara 2018 di Ipoh pada 16 Disember lalu turut mengkritik Australia,” ujarnya.

Pemuda AMANAH juga ujarnya telah melancarkan demontrasi pada 21 Disember lalu dihadapan kedutaan Australia di Kuala Lumpur bagi menunjukkan bantahan.